welcome friends

Wednesday, July 21, 2010

ombak kasih~~bab 1

bab 1

"Qis, tolong ambilkan handphone I tu" sambil menunjukkan telefon bimbitnya berada di sebelah Qistina.
Qistina mencapai telefon bimbit tersebut lantas di berikan kepada Salwa, teman gkbaiknya merangkap teman serumah dengannya.
"Ha, tu mesti Asri?" sergah Qistina.
Salwa hanya tersenyum kambing sambil tangannya ligat menekan telefon bimbitnya untuk membalas sms dari kekasih hatinya itu. Qistina hanya tersenyum melihat sahabat baiknya itu. Di hatinya terdetik perasaan cemburu. Bukan cemburu kerana Asri, tetapi cemburu dengan kemesraan Salwa dan Asri. Jauh berbeza dengannya. Dia dan Haiqal sering sahaja bergaduh. Perkara kecil juga di besar-besarkan. Jika tidak di jawab, di katanya dia sudah membenci. Kusut fikiran Qistina memikirkan Haiqal. Kekasihnya sejak dari zaman persekolahan lagi.
"Qis, semalam aku dengar kau menangis? kau bergaduh dengan Haiqal lagi ya?" Salwa memulakan bicara.
Qistina hanya tersenyum tawar dan mengangguk lemah. Salwa menggeleng. Sudah dapat dijangka jawapan yang bakal di berikan oleh Qistina. Terdetik di hati kecilnya, betapa beruntungnya Haiqal mempunyai kekasih seperti Qistina yang masih sanggup lagi bertahan dengan kerenah yang panas baran itu. kuasa cinta. kekasih seorang penagih dadah pun, mungkin tetapi disayangi.


PAGI itu di pejabat, Qistina ligat menaip report yang diberikan oleh En.Danial. Dia harus menyiapkan report itu sebelum jam sembilan pagi.
"En Danial ni memang sengaja susahkan aku. Semalam tak nak pula dia bagi report ni kat aku. dah tau aku overtitme semalam, apa la salahnya bagi aku siapkan terus" bebel Qistina seorang diri.
"Awak mengata saya ke Qistina?" sergah Danial dari arah belakang.
Menyirap darah Qistina. Matilah aku! bisik hati Qistina.
"Eh, En Danial. tak adalah. mana ada" jawab Qistina tergagap-gagap. Qistina serba tidak kena.
Danial hanya tersenyum kecil melihat Qistina sedikit gelabah.
"Lain kali, jangan mengata bos sendiri tau?" Danial berlalu pergi sambil mengenyitkan matanya kepada Qistina.
Qistina tersentak. Terus dia menyelesaikan report yang harus di selesaikan sebentar sahaja lagi. Dia tidak mahu ambil pusing dengan kelakuan En.Danial itu tadi.
"ha..!!!!"sergah Wati.
"O mak kau..!!" latah Qistina.
"Wati..!!terkejut aku" terjegil biji mata Qistina memarahi Wati, rakan sekerjanya.
Wati ketawa sakan melihat Qistina yang begitu marah.
"apa bos kau nak tu?" Wati bertanya sambil sisa gelaknya masih kedengaran.
"Bos gila kau tu, suruh aku taip report ni. Sebelum jam sembilan, dia nak. Tebal ni dia suruh aku siapkan? Memang bos kau tu dah gila tau?" luah Qistina tidak puas hati.
Wati terus menyambung tawanya. Dia sudah dapat menjangka, majikannya itu pasti telah meminta Qistina membuat sesuatu yang di luar jangkaannya. En Danial, memang suka mengenakan Qistina. Dalam diam, dia tahu, yang majikannya itu menaruh hati terhadap Qistina.
"Bos kau tu, dah gilakan kau" Wati terus berlalu pergi sambil tawanya masih tidak berhenti.
Qistina mendengus geram. Lantas dia meneruskan kerjanya. Malas dia mahu memikirkan apa yang di perkatan oleh Wati sebentar tadi.


"En.Danial, ini report yang Encik minta tadi" Qistina menghulurkan report tersebut kepada Danial.
Danial meletakkan report tersebut di atas meja.
"Duduk" arah Danial. Qistina akur. Dia terus mengambil tempat di hadapan Danial. Hatinya masih lagi geram memikirkan apa yang dikatakan oleh Wati tadi.
Danial terus merenung wajah Qistina. Cantik. Bisik hati kecilnya.
Qistina berdehem. Mematikan renungan Danial sebentar tadi. Hatinya tidak keruan melihat sikap Danial yang tidak lepas memandangnya dari tadi. Danial terus memperbetulkan duduknya.
"Petang ni, saya nak awak ikut saya. Saya ada janji temu d"luar" beritahu En.Danial.
Qistina tercengang. Ikut dia? Memang semua setiausaha dia ni, kena ikut dia ke? Kenapa Kak Intan tak pernah bagitahu pun yang dia ni bawa setiausaha dia keluar sekali? Kak Intan kata, sepanjang dia jadi setiausaha En Danial, dia tak pernah pun keluar bersama? Bermacam persoalan timbul di benak Qistina. Berkerut-kerut dahi Qistina.
"Kenapa?" sergah Danial.
Qistina kaget. Sepantas kilat dia menggeleng.
"Pukul 2.30 nanti, saya tunggu awak dekat lobi. Naik kereta saya. Awak boleh keluar" Qistina hanya mengangguk lemah dan terus berlalu pergi. Ada sedikit keluhan di bibir Qistina.
Danial tersenyum kecil. Misinnya berjaya.




nantikan sambungannya..

Tuesday, July 20, 2010

tadi~~~

"alhamdulillah..akhirnya selamat pun interview tadi" getus hati kecil ku.
perasaan yang tadinya germuruh dan berdebar-debar,hilang di telan waktu. Aku melangkah keluar dari bilik interview itu tadi.
"en.khairul. nampak macam baik je dia tu. bunyi macam seronok jer kerja dekat situ."aku berbicara seorang diri setelah keluar dari bilik En.Khairul, orang yang telah menemuduga aku sebentar tadi.
masuk sahaja ke dalam kereta, ayah ku bertanya.
"macam mana interview tadi?"
"boleh la yah. seronok la jugak berborak dengan dia tadi. nampak macam tak garang. tapi,dia dah warning awal-awal, kalau dapat kerja dekat situ, hati kena kering. kena marah tu, jangan ambil kira sangat" terang ku panjang lebar.
"doa la..insya-ALLAH. semuanya ok nanti" pujuk ayah ku
semasa dalam perjalanan pulang, aku teringat kembali saat aku di dalam bilik interview.


"cik aisyah ya?"
aku tersenyum dan mengangguk
"sila duduk cik aisyah. saya khairul"ucap lelaki yang kelihatan berumur dalam 30an itu.
'boleh tahan jugak dia ni. walaupun nampak dah 30an, tetapi berkarisma' getus hati kecil ku.
aku mengambil tempat di hadapannya.duduk di atas kerusi yang berwarna kuning yang di sediakan. meletakkan fail ku di atas meja. dan terus tersenyum memandang lelaki yang berada di hadapan ku.
dia hanya memandang ku tanpa kata untuk beberapa ketika. hati ku mula gusar. eh, apa yang aku fikir ni? persetankan..!
"cik aisyah datang dengan siapa tadi?"lelaki itu mula berbicara.
"datang dengan ayah saya tadi. dia yang tolong hantarkan" jawab ku.
dia mengangguk-angguk kecil.
"baru grad ya?" tanyanya lagi.
"ha'ah. tapi k0nvo tahun depan"
"so, if you di ambil bekerja disini, you nak datang kerja naik apa?" soalnya.
"naik bus dengan kakak saya." jawab ku jujur.
"owh I see." jawabnya.
sesi interview itu berjalan selama setengah jam lamanya. setelah sesi temuduga itu tamat, En.Khairul menghantar aku hingga ke muka pintu.
"terima kasih ya encik" ucap ku
"hati-hati ya balik tu" ucap lelaki itu sambil tidak jemu-jemu memandang wajahku.
persetankan itu..!!hati ku berbicara.
"i akan call if u in a short listed ok?" ucap lelaki itu lagi.
aku hanya tersenyum dan terus mengucapkan selamat tinggal kepadanya.


"dah sampai rumah dah" suara ayah menghentikan lamunan ku sebentar tadi.
aku terus keluar dan masuk ke dalam rumah. di dalam hati ku, semoga aku dipermudahkan untuk diberi pekerjaan itu. amin...~~~

Monday, July 19, 2010

blur...hiu...~

..pagi..

'hello, boleh saya bercakap dengan cik aisyah?'

'ya,saya'

'saya dari kaca arkitek. saya ada dapat cv cik. petang nie jam 4 u free x? kami nak buat interview utk cik'

'petang nie? i tak sure..coz i takde transport.'

'how bout 2morrow? 11.30?'

'kalau cmtu, ok la..alamat?

'no 24, jalan ragbi 13/30 shah alam. kalau ada pape, u boleh call i..mastura..55******'

'ok, thank u..i'll call u later'


omg..!!interview??ape nak bawak??adoi..pening2..

hope dapat la..

secretary cum personal assistant..

amin..~~

Saturday, July 10, 2010

fakta atau auta??

hey3..!!!
want 2 noe sumthg??
ada orang kata fakta..
ada orang kata auta..
nak tau ape die??
orang laki ni,dorang pandai tengok bila seorang perempuan ni period..!!
owh tidak..!!!
camne leh tau plak nie??


yang aku tau,dorang nie leh tengok dari kening seorang perempuan tu..!!
hah..??whattt????
macam mana nak tutup kening??
gile ker??
mane bole tutup kening..
adoyai..!!!
relakan jela..
hahahah...

nak tau lagi??
lelaki ni,bole tau bentuk punggung seorang perempuan tu dari melihat pipi seorang perempuan itu.!!!
hah??lagi sekali..whattt???
adakah patut pakai purdah??
owh..tak...
tak pernah pakai...
adoyai..
lagi sekali,terpaksa merelakannya..
hahahahha...

nak tau lebih lanjut??
lelaki boleh tau perempuan tu teeeeeeettttttt...
sampai sini je la..
bahaya kalau bagitau..
nanti,ade pulak lelaki yang cuba untuk mencubanya..
bahaya nie..
relakan jela..
adoyai..



^_^

..rela..

kaca-kaca yang jatuh berderai itu,
sesungguhnya amat aku kesali,
kerana aku terlalu menghargainya,
sedaya upaya ku cuba kutip dan cantumkannya kembali,
dengan harapan yang berderai akan pulih ke asalnya,
ku cuba dan ku cuba,
dan akhirnya aku berjaya walaupun jari jemari ku terluka parah,
dek serpihannya,
namun,sayang seribu kali sayang,
walaupun telah kembali ke asalnya,
ku lihat garis-garis keretakannya masih tetap ada,
dan akhirnya aku sendiri merelakan ia jatuh berderai semula ke bumi,
kerana parut luka serpihannya,
semakin hari semakin memamah jari jemariku..



excited..!!!

seriously..
excited gile nak tunggu esok..
nak tengok twilight new moon saga eclipse..!!
nak book tadi..
tapi,mak ai..
penuh bai..!!
memang gile la..
ingat aku je yang tergila2 kan cerita tuh..
rupe2nye,orang lain pon cam aku gak.!!
nantikan kedatangan ku ke sana...
jj bukit tinggi...!!
here i come..!!!

^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..kebahagiaan..selamanye..

..kebahagiaan..selamanye..