welcome friends

Thursday, March 31, 2011

teman tido..!!!

nie entri ke3 untuk hari nieh..!wah..semangat betul nak post entri yang nieh..hehehee..nie la masenye nak berblog..janji ngn encek kanda mlm ckit baru bersms..hehehe..so,sempat lagi la nak berblog nieh..encek kanda baru pas kol..die nak g makan..so,nk blog la dulu..hehehe..cik sister pon dah mintak nk on9..sabar ye long??bagi ecah update 1 lagi blog nie ye??hehehe..

tau tak,semalam kan,ai dapat encek mickey..!!!chomel..!!!die la teman tido ai sekarang nieh..!!!tau dari sape??ofcoz la dari encek kanda..!!die kata,sempena konvo..!!sebab along,angah n abang long bagi bunge,die pon nak bagi gk..hehehe..nk tengok encek michan??

tada..



chomel kan michan ai??tau nape name die michan??sebab gbungan name mickey n acan..!!hehehehe..ops..terlepas pulak..tape..yang penting,dari encek kanda..hehehe..tq encek kanda..sebab dah bagi ai teman tido..cian michan..hari2 kene peluk..hehehe..pasnie,mane tau,michan dapat kawan..hehehehe..

ok la..ai nk off9 nie..nk bagi along pakai pulak..so,kepada encek kanda,tq so much..!!!hah..senyum sorang- sorang la tuh..!!macam xtau..hehehehe..

tata~~

janji kene tunai..!!


assalamualaikum..selamat malam..segar badan nie lepas dapat mandi n basuh rambut nie.. pergh..!!lega..hehehhe..heaven je rase..nak berblog pon baru ade semangat..hehehhe..malam malam nie,kalau dapat nescafe panas 1..nikmatnye rase..haish..!! berangan lah kau aisyah..!!

hah,korang ingat lagi tak pasal encek luck??hah..dah ingat kan??sekarang nie,ai nk tunaikan janji ai..kan ai dah janji,nak tunjuk gambar encek luck tuh..so,ari nie ai nak tunjuk gmbar die la..hehehe..

kt atas tu la gambar encek luck..tapi,xtau nape gmbar tu senget..padahal dah amek betul dah..tape la,.yang penting dapat tunjuk..hehehe..sweet kan mereke?encek luck n cik happy.. macam ai dengan encek kanda..

tata..~~

islam..!!jangan kau sambut "aprilfool"..!!

assalamualaikum..dan selamat petang..wah..update blog time2 suntuk nk balek..hehehe..jarang ai buat cmnie..bukan jarang..memang tak pernah pon..hehehehe..tetibe je idea nie sampai kat kepala otak nie..tu yang terus mengupdate entri nieh..tak payah tunggu esok..update terus hari nie..biar sape yang bace,tak jadi nak sambut aprilfool esok..hahahha..padan muke kaw..!!!

seperti yang kita sedia maklum,kita sebagai umat islam adalah dilarang untuk menyambut aprilfool..kan??tau tak??tau tak??jangan cakap tak tau..dah besar panjang,takkan tak tau lagi??nie mesti tak baca buku..atau ape2 yang berkaitan dengan larangan menyambut aprilfool..

kalau yang tak tau,meh ai terangkan..apa itu...


ini apa yang ai bace dari blog seorang muslim..nie blog die..klik sini..cerita yang disampaikan oleh hamba ALLAH berkenaan berbunyi begini..

Berdasarkan semakan menerusi internet, rupanya ada cerita sedih kepada masyarakat Islam di sebalik April Fool yang perlu dijadikan renungan dan dihentikan sambutannya. Dipercayai sambutan April Fool mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol dulu setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada Sepanyol.

etika kerajaan Islam runtuh diserang tentera Kristian, penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol. Justeru, mereka membuat helah. Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan. Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam. Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar. Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai April Fool's Day

Aku tidak tahu sejauh mana kebenaran kisah ini, tetapi kalau melihatkan kepada fatwa berikut ternyata ada kaitan sambutannya dengan hukum serta sejarah di atas yang diterima dari http://lobaitampin.blogspot.com

Fatwa-fatwa ke atas April Fool

Dr. Yusuf al-Qaradawi hafizahullah menyebutkan:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi sallallahu alaihi wassalam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentukpun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Shaikh Atiyyah Saqr pula menyatakan:

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. [Islamonline.net]

Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834

Shaikh Shalih Fauzan menyatakan:

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.



ai harap,apa yang u ols dah baca tuh,u ols sematkan la dalam hati u ols..islam mengajar umatnya jujur..dan bukan untuk menjadi hamba yang suka menipu..ai harap, u ols sebarkanlah kepada semua umat islam..

tata~~

Tuesday, March 22, 2011

"saya tak sedia lagi.."

assalamualaikum dan selamat petang..!!perasan tak..nie entri ke dua untuk hari nieh??hehehehe.. tetibe rase rajin pulak nak menaip laju2..yela,dah lama tak menaip laju2...hehehe..nie la mase untuk mempraktiskan..petang2 nie,bila bos tade mula la boring boring..rase cam tade keje pon ade..selalu,kalau bos ade memang tade mase la nak berblog..hanya mampu bermuka buku je..tu pon sebab sempat nak minimize..hahaha..kantoi sudah..tape,sume orang pon bermuka buku kan??jangan nak tipu ai lah..!!ai tau..hehehe..even korang geleng kepala pon, ai tau korang tipu..hehehe..

"saya tak sedia lagi..hati belum terbuka"

pernah dengar tak statement nih??hah..tipu la kalau tak pernah dengar..nie la statement yang biase untuk orang yang tidak bertudung bila ditanya bila ingin bertudung..kan kan..kan..??hah..itulah silapnya wanita zaman sekarang..tak tau ke yang bertudung tu adalah wajib???!!!paham tak maksud wajib??kenapa perlu mempertikaikan persediaan untuk bertudung??pergi je kedai baju ke,pasar malam ke,butik ke,kan ade jual tudung??bukan ke wajib tu kita mesti buat??sama juga dengan bersolat..solat itu wajib..tiang agama..kenapa manusia zaman sekarang nie tak pernah ambil peduli tentang semua tu??kalau nak bina rumah, tapi takde tiang,runtuh tak??


manusia zaman sekarang nie,tak pernah ambil pusing apa yang telah terjadi..tak pernah takut dengan apa yang telah menimpa indonesia..jepun..itu semua adalah behind the scene untuk hari kiamat kelak..tak takut ke kita sebagai manusia yang sering melakukan dosa..dan tak serik2 melakukan dosa??berbalik kepada statement di atas..wanita...kembalilah kepada hukum hakam agama islam..apa yang wajib,tunaikan lah..!!anda masih ada masa lagi..sebelum matahari terbit dari sebelah barat anda..sedarlah..!!

wanita..mengapa tat kala anda menghadapi ujian..masalah..dugaan..baru anda berpaling kepada YANG ESA??tetapi,ketika ALLAH S.W.T menurunkan perintahnya tidak ada wanita yang mengambil berat tentang itu??wanita..tidak sedarkan kau, mengapa walau dosa pernah dilakukan, tetapi DIA masih lagi memberikan jalan penyelesaian??mengapa??tahu kah engkau, dia ingin kau sedar betapa dia menyayangi engkau..!!tetapi,apa yang telah engkau balas??apa?? tahu kah engkau, statement mu itu adalah statement yang paling tidak boleh diterima..

kewajipan masih di pandang ringan..aku tau,aku bukan wanita yang sempurna..sekurang-kurangnya, aku masih berpegang pada kewajipannya..dan semoga aku diberikan kesempatan untuk bertaubat kepadanya..

YA ALLAH..kau ampunilah dosa hamba2 mu ini..kau bukakanlah pintu hati keinsafan disetiap hati hamba2 mu..amin~~

tata~~

fakta ke auta??

assalamualaikum..selamat pagi..!!pagi nie,tade mood langsung nk wt keje..sebab cik watch ilang..!!huhuhuhu..sedh sungguh..!!nak jam tu weh..tolong la jangan men nyorok2 ngn aku..cik watch nie pon..adoi la..bak kata encek kanda 'ala..nanti jumpe la jam tu..jam je pon..nak belikan yang baru tak??' alahai..sweetnye..tapi,ta nak..nak jam yang tuhh..!!nak jam tuh..!!huh...!!padan muke kau aisyah..sape suruh letak merata2??kan dah tak jumpe...!!ish..!!mane ade letak merata2..jam tu yang ada kaki..!!erk..??jam ade kaki??ok..tutup cerita..

balik ke tajuk kita pagi nieh..fakta ke auta???nak tau cerita sal ape??jom kite selongkar.. korang penah dengar tak,orang cakap, 'orang yang sayang kucing tu adalah seorang yang penyayang..' penah dengar tak??penah tak??mesti penah kan..pendapat korang, fakta ke auta??betul ke semua yang sayang kucing tu adalah seorang yan penyayang??abiz,yang tak sayang kucing tu,ape pulak??

comel la rambut kau nie budak..!!hehehe..

pada ai,tak semua yang tak sayang kucing tu tak penyayang..mungkin orang tu alah pada bulu binatang..kan??nak2 pulak orang yang asma..ha..dorang mane leh kene bulu2 binatang nie sangat..kang semput pulak kang..lagi susah..pastu,orang yang memang geli ngn haiwan berbulu nieh..hah..nak salahkan sape??dah kalau dorang nie memang geli,nak wt cmne kan??takkan terus nak kategorikan sebagai orang yang tak penyayang..??amboi..korang penyayang sangat ke??ha..

so,da conclusion is jangan la cepat sangat judge orang dari luarannye saje..dan tak semestinya,orang yang sayang sangat kt kucing tu sangat penyayang orangnya..ok??don't judge the book by juz looking it's cover..ok??kenal dulu ati budi..baru la kita tau..coz ai ada kawan yang sangat tidak suka akan kucing..dan haiwan yang berbulu..yang seangkatan dengannya..tp,bila die dengan awek die,pergh..!!!cikit punye sayang die..kalah orang yang sayang kucing tau??

ok la..so, korang da leh pk kan??sama ada statement tu fakta ke auta..selamat berfikir..

tata~~

Tuesday, March 15, 2011

kempiskan perut..!!

assalamualaikum semua..salam satu malaysia..!!hari nak cerita sal kempiskan perut..hehehe.. targe ai b4 kawen..hehehe..kang dah kawen,baru nak kempiskan perut,mmg susah la kot..tade mase..hahaha..tade mase ke wt2 tade mase..lu pk la sendiri..;p

tau tak ape tu sit up??sila anggok laju2..takkan sit up pon tak tau??ala..yang gitu2 tu..hehehe..senang citer,yg cm kt bawah nie la..
hah..cmtu la sit up..tau kan??tau kan??anggok laju2 cepat..!!hah..tu la yang ai akan buat bermula saat nie..!!hehehe..tau tak,buat sit up nie boleh membuatkan perut kita kempis tau?? tak caye,cuba la u ols buat..tapi,kalau sebulan sekali,jangan bermimpi di siang buta la nak kempis perutnya..lemak dah bertepu2..nak buat sebulan sekali..kirim salam la dik..kena la berterusan..istiqamah..!!tu yang penting..

ai sekarang nie tengah pasang niat,nak kempiskan perut..hehehe..so,meh la join ai kt stadium sultan sulaiman klang..kita berjogging beramai2..baru la sehat..hehehe..ai pegi pon setiap sabtu ngn ahad je..nasib baik ckit, jumaat malam sabtu..target utama,nak kempiskan perut..biar cantek ckit nak pakai baju kawen nanti..kan encek kanda..??hehehe..kawen??

hah..kan cantek baju nie..tapi,kalau perut buncit??erk...cmne ye??

hah..sebab tu la ai nak kene kempiskan perut..kawen nie kan sekali seumur hidup..jangan la minta ada perkahwinan yang kedua pulak..sape pon tak nak bermadu kasih..kan..kan..kan..?? ape2 hal pon,tak salah kan nak kempiskan perut??buang lemak dalam badan..kan baik untuk kesihatan..lemak pon kurang..saket pon takot nak datang..hehehe..

so,u ols kene la rajin bersenam..jangan lupa ok??

tata~~


Monday, March 14, 2011

tau tak..??

sape tau..??sape tau??angkat tangan laju2..eh,jap2..tau ape??merepek dah ai pagi2 nieh..hahaha..so,let's talk about it..!!

kawan2 tau tak,sebenarnya seseorang ibu/mak/mama/umi/mummy and yang seangkatan dengannye la..sebenarnya,susah tau nak lepaskan anak dara die pada orang lain..maksudnye?? ok,maksudnya,melepaskkan anak daranya untuk berkahwin..faham kan?sila angguk laju2.. baru tau paham..hehehe..tau tak kenapa??

nie sebenarnya hasil dari kajian ai sendiri la..kalau ada yang tak setuju,boleh komen ok??nie cume pandangan ai sebagai seorang wanita juga..yang mungkin akan menjadi seorang ibu..tak lama lagi kot??eh,jap2..kawen pon belum..sebok nak jadi mak..hehehehe..jom cerita..!!

cuba u ols bayangkan,seorang anak dara nieh,mesti sangat bergantung pada ibu mereka..betul tak??apa2 je,mesti "mak,macam mana nie??".."mama,adk tak tau..".."ibu,macam mana nak masak nie??"..contoh soalan yang biasenye la kan..sebab,biasenya anak perempuan nie kan manja..tak kisah la dengan ayah or mak..

cube u ols imagine,anak yang manja dengan u ols, u ols nak bagi dekat orang lain..apa yang u ols akan pk?boleh ke anak bujang orang nie jaga anak aku macam mana aku jaga anak aku??boleh ke die layan kerenah anak aku yang manja nieh??boleh ke die bagi kebahagiaan macam mana aku bagi kebahagiaan kat anak aku nanti??kalau u ols kawen umo 25 tahun, bayangkan,25 tahun mak u ols jaga u ols,lepas tu nk bagi kat orang..mesti la macam2 yang dorang pkkan..

lebih kurang cmtu kot pknye..hehehe..

bukan sebab dorang tak nak u ols kawen..tapi,sebenarnya takut apa2 jadi pada u ols..seorang ibu tu,pasti nak yang terbaik untuk anaknya..jadi,jangan lah marah kalau mak u ols tanya macam2 pasal pasangan u ols..sebenarnya,nak tengok je sesuai ke tak pasangan u ols tu..sebab, semua mak nak yang terbaik untuk anak dara dorang..tak gitu??

tp,bila seseorang mak tu dah beria suruh u ols kawen,maknyanya, pasangan u ols tu memang dah layak sangat untuk jaga u ols..and mak u ols pon dah takkan risau if dorang lepaskan u ols..kan??sebab,pasangan u ols tu mungkin dan cukup terbaik dimata mama u ols tuh..seorang mama nieh,ada daya firasat yang kuat tau??almaklum la..dah mengandungkan kita hampir 9 bulan..jaga kita dari kecil,sampai la ke tua..mesti dorang dapat rasa..

ok la..cukup la information untuk pagi nieh..sebenarnya,tade mood nak wt keje..sebab semangat bercuti hari nieh..hehehe..to encek kanda,semoga cepat sembuh..!!!

tata~~

Wednesday, March 9, 2011

cik happy dapat kawan..!!

hai kawan2..ingat cik happy tak ??tak ingat??sila klick cik happy..hah..ingat kan??ari nieh ai dapat kawan untuk dia..namenye encek luck..!!!hehehe..sedondon tau dorang nieh..ai nak upload gmbr encek luck..tapi,tade kabel..huhuhu..encek kanda..!!!nak kabel bole tak??nk upload gmbr encek luck..!!!

sekarang,cik happy dah ada kawan..encek luck..!!macam ai ngn encek kanda..baru sepadan..tade la cik happy sedih tade kwan..dorang da boleh kawen..hahaha..ape la..patong pon kawen..hahaha..merepek seketika..;p..

akak2 kt ofis nie seap mintak lagi kt encek kanda..nak patong jugak..hahaha..bak kata akak w, "aik,dah ada due dah patungnye??"..hahaha..cik happy dah ada kawan..!!!seronok ai tengok..sepasang tau??

kepada encek kanda, "tq so much..!!! sebab bagi ai encek luck untuk jadi peneman cik happy di kala sunyi..hehehe.."

nnt ai upload gmbr encek luck ye??

tata~~

Tuesday, March 8, 2011

terlerai sudah..

assalamualaikum....dan selamat kepada semua utk pagi yang ceria nih..hehehe..tajuk entri dah macam pelik..terlerai sudah apa??hem..terlerai sudah rindu..!!!!!ha..igt tak entri lepas..?klick cnie..hah..entri yang tu la..nie kesinambungannye la..hehehehe..

pagi tadi,b4 g keje, dalam hati nie gile semangat lah..hehhe..ye la,semangat dah pulang bekerja semula..hehehe..kepada encek kanda,ai seronok sangat2 bila u dah masuk keje..!!sangat2 seronok tau??heaven..!!pastu,encek kanda janji nak bagi kawan untuk cik happy..

cik happy,lepas nieh cik happy ade kawan ..cik luck..!!kan comel tuh..!!pas nieh,leh wt entri untuk cik luck pulak..kalau tak citer sal die nnt,die kecik ati plak..hehehe..encek kanda,ai tunggu cik luck dari u tau??hehehe..seronok la cik happy lepas nieh..sebab dah ada kawan..

apa yang ai tau,ari nieh ai sangat2 happy..sebab encek kanda sudah kembali bekerja ..!!


tata..

Sunday, March 6, 2011

rindu ok..??

gambar nie dah menunjukkan yang ai memang sedang merindui seseorang..huhuhu.

assalamualaikum and selamat semua..!!!nie entry pertama ai untuk bulan mac nieh kan??sila angguk laju2..hehehe..dah lama jugak ai tak update blog ai kn??nape yek??ok..ai agak bizi la lately nie..tajuk entry ai nie macam seronok je bunyikn??ai rindu some1??ofcos la ai rindu kt u ols yg rajin bace blog ai..even ai tak tau..hehehhe..

mesti u ols tertanya2 kn,nape ai dah lama tak update blog kn??rindu kn??rindu kan??hehehe..angguk je la..kan senang..hehehe..ai pon rindu kt u ols..ok??dah lama jari jemari ai nih tak bermain atas keyboard nie utk menaip entri ai kali nieh..entri ai kali nieh,tak de berunsur ilmiah ok??so,kalau tak nak bace,jgn bace k?sila pangkah laju2..supaya anda tak boring..hehe..

sebenarnya,tajuk entri ni ai tujukn untuk encek kanda ai..yang bercuti..hehehe..tade smgt nk g ofis ok??sebab die cuti..hahaha..cume nak dia tau yang ai rindu kt die..!!!adoi..cmne leh jadi cmnieh?perasaan rindu tu datang sendiri kn??bukan kita boleh paksa..ye dak??dah nak rindu,nak wat cmne..jangan la salahkn ai nape ai wt entri nie hari nieh..hehehe..letih2 je u ols bace..tapi,bukan ade unsur ilmiah pon.heheh..tapi,kepada encek kanda,sila bangga seketika,kerana entri nie untuk anda..hehee..

ok la..,ai tamo citer lebih2..dah wt appointment ngn encek kanda..nak bersms..so,encek blog kene tutup la..hehehe..yela,feeling tu yang penting kn??ok la..selamat semua..

tata~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..kebahagiaan..selamanye..

..kebahagiaan..selamanye..