welcome friends

Thursday, June 10, 2010

kembara kasih..

Usah di kenang peristiwa yang telah berlalu..
biarkan ia terbang di bawa angin sepoi-sepoi bahasa..
biarkan ia melayang seperti layang-layang yang terputus talinya..
jangan dikejar layang-layang tersebut..
kelak tersungkur di mamah bumi..
jika dikejar sekalipun, belum tentu layang-layang tersebut akan menjadi cantik seperti sediakala..
biarkanlah ia terbang jauh dari mata yang melihat..

berjauhan darimu bisa membuatkan diri kekeringan kasih sayang..
walau kata sayang di ungkap setiap hari..
diri yang jauh, sukar di lupakan..
mengapa terdapatnya dugaan yang sebegini..
mengapa diri terpaksa menghadapinya..
tidak kuat..!!!
ya...tidak mampu..!!
tetapi, itu yang bakal menjelma suatu masa nanti..
hari berganti hari..
masa berganti masa..
dan detik berganti detik..
semakin jauh dari sini..

kuatkanlah diri yang tidak betah jauh dari mu..
genggamlah cinta yang disulam dengan kasih sayang..
ukirlah nama di dalam hati mu..
agar tidak sedetik pun melupakan diri ini..
dua insan yang bakal menjauh..
menjalani kasih sayang yang begitu sukar..
dan pelbagai onak dan duri..
hanya kejujuran dan kepercayaan yang menjadi pegangan..
pergilah engkau kasih..
aku amat mencintai dan menyayangi mu..
diri ini akan sentiasa merindui mu..
dan menjaga cinta ini selamanya..

salam sayang..
saya..=)

Wednesday, June 9, 2010

kepada sahabat..

aku tahu di hati mu ada luka yang amat sukar untuk di ubat..
aku tahu, hati mu sangat terluka apabila mengetahui kebenarannya..
tetapi, sabarlah engkau wahai kawan..
manusia ini terlalu banyak ragamnya..
aku tahu engkau kuat wahai kawan..
aku akan sentiasa berada disampingmu..
menjadi bahu bila kau mahu mengalirkan air mata..
akan menjadi telinga mu untuk mendengar luahan hati mu..
menjadi badan mu untuk merasakan kesakitannya, supaya aku dapat mengurangkan kesakitan engkau itu..
menjadi kaki mu untuk di bawa kemana sahaja engkau inginkan..
kesalahan engkau di nilai oleh manusia..
aku tahu akan kebenarannya..
sabarlah engkau wahai kawan..
mungkin ini akan mematangkan diri kau..
aku akan sentiasa di sisimu sahabat..

salam sayang..
saya..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..kebahagiaan..selamanye..

..kebahagiaan..selamanye..