welcome friends

Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

islam..!!jangan kau sambut "aprilfool"..!!

assalamualaikum..dan selamat petang..wah..update blog time2 suntuk nk balek..hehehe..jarang ai buat cmnie..bukan jarang..memang tak pernah pon..hehehehe..tetibe je idea nie sampai kat kepala otak nie..tu yang terus mengupdate entri nieh..tak payah tunggu esok..update terus hari nie..biar sape yang bace,tak jadi nak sambut aprilfool esok..hahahha..padan muke kaw..!!!

seperti yang kita sedia maklum,kita sebagai umat islam adalah dilarang untuk menyambut aprilfool..kan??tau tak??tau tak??jangan cakap tak tau..dah besar panjang,takkan tak tau lagi??nie mesti tak baca buku..atau ape2 yang berkaitan dengan larangan menyambut aprilfool..

kalau yang tak tau,meh ai terangkan..apa itu...


ini apa yang ai bace dari blog seorang muslim..nie blog die..klik sini..cerita yang disampaikan oleh hamba ALLAH berkenaan berbunyi begini..

Berdasarkan semakan menerusi internet, rupanya ada cerita sedih kepada masyarakat Islam di sebalik April Fool yang perlu dijadikan renungan dan dihentikan sambutannya. Dipercayai sambutan April Fool mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol dulu setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada Sepanyol.

etika kerajaan Islam runtuh diserang tentera Kristian, penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol. Justeru, mereka membuat helah. Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan. Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam. Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar. Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai April Fool's Day

Aku tidak tahu sejauh mana kebenaran kisah ini, tetapi kalau melihatkan kepada fatwa berikut ternyata ada kaitan sambutannya dengan hukum serta sejarah di atas yang diterima dari http://lobaitampin.blogspot.com

Fatwa-fatwa ke atas April Fool

Dr. Yusuf al-Qaradawi hafizahullah menyebutkan:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi sallallahu alaihi wassalam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentukpun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Shaikh Atiyyah Saqr pula menyatakan:

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. [Islamonline.net]

Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834

Shaikh Shalih Fauzan menyatakan:

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.



ai harap,apa yang u ols dah baca tuh,u ols sematkan la dalam hati u ols..islam mengajar umatnya jujur..dan bukan untuk menjadi hamba yang suka menipu..ai harap, u ols sebarkanlah kepada semua umat islam..

tata~~

Tuesday, March 22, 2011

"saya tak sedia lagi.."

assalamualaikum dan selamat petang..!!perasan tak..nie entri ke dua untuk hari nieh??hehehehe.. tetibe rase rajin pulak nak menaip laju2..yela,dah lama tak menaip laju2...hehehe..nie la mase untuk mempraktiskan..petang2 nie,bila bos tade mula la boring boring..rase cam tade keje pon ade..selalu,kalau bos ade memang tade mase la nak berblog..hanya mampu bermuka buku je..tu pon sebab sempat nak minimize..hahaha..kantoi sudah..tape,sume orang pon bermuka buku kan??jangan nak tipu ai lah..!!ai tau..hehehe..even korang geleng kepala pon, ai tau korang tipu..hehehe..

"saya tak sedia lagi..hati belum terbuka"

pernah dengar tak statement nih??hah..tipu la kalau tak pernah dengar..nie la statement yang biase untuk orang yang tidak bertudung bila ditanya bila ingin bertudung..kan kan..kan..??hah..itulah silapnya wanita zaman sekarang..tak tau ke yang bertudung tu adalah wajib???!!!paham tak maksud wajib??kenapa perlu mempertikaikan persediaan untuk bertudung??pergi je kedai baju ke,pasar malam ke,butik ke,kan ade jual tudung??bukan ke wajib tu kita mesti buat??sama juga dengan bersolat..solat itu wajib..tiang agama..kenapa manusia zaman sekarang nie tak pernah ambil peduli tentang semua tu??kalau nak bina rumah, tapi takde tiang,runtuh tak??


manusia zaman sekarang nie,tak pernah ambil pusing apa yang telah terjadi..tak pernah takut dengan apa yang telah menimpa indonesia..jepun..itu semua adalah behind the scene untuk hari kiamat kelak..tak takut ke kita sebagai manusia yang sering melakukan dosa..dan tak serik2 melakukan dosa??berbalik kepada statement di atas..wanita...kembalilah kepada hukum hakam agama islam..apa yang wajib,tunaikan lah..!!anda masih ada masa lagi..sebelum matahari terbit dari sebelah barat anda..sedarlah..!!

wanita..mengapa tat kala anda menghadapi ujian..masalah..dugaan..baru anda berpaling kepada YANG ESA??tetapi,ketika ALLAH S.W.T menurunkan perintahnya tidak ada wanita yang mengambil berat tentang itu??wanita..tidak sedarkan kau, mengapa walau dosa pernah dilakukan, tetapi DIA masih lagi memberikan jalan penyelesaian??mengapa??tahu kah engkau, dia ingin kau sedar betapa dia menyayangi engkau..!!tetapi,apa yang telah engkau balas??apa?? tahu kah engkau, statement mu itu adalah statement yang paling tidak boleh diterima..

kewajipan masih di pandang ringan..aku tau,aku bukan wanita yang sempurna..sekurang-kurangnya, aku masih berpegang pada kewajipannya..dan semoga aku diberikan kesempatan untuk bertaubat kepadanya..

YA ALLAH..kau ampunilah dosa hamba2 mu ini..kau bukakanlah pintu hati keinsafan disetiap hati hamba2 mu..amin~~

tata~~

Wednesday, February 16, 2011

manusia berubah..janji ditabur..kata-kata hilang di bibir..

assalamualaikum..ehem2..dah berpuluh2 entri ai post,nie la 1st time ai bagi salam..astaghfirullah..ai nie..lupa ke??kepada readers yang sentiase bace blog ai,ai ucapkan tq..even ai tak tau u ols bace ke tak..hehehehe..tapi ape yang pasti,encek kanda adalah pengunjung yang paling setia.heheehe..tq encek kanda..sebab sentiase support ai..tu yang wt ai sayang u lebih..teeeeet....!!!tape..encek kanda tak marah..kan???

ok..iklan seketika.hahahha..sebok je ai nak citer sal encek kanda kan??setiap entri tu,mesti ade name encek kanda..hehehehe..nak tengok ke encek kanda tu sape??hehehehe..tunggu..nanti sampai masenye,ai tunjukkan pada u ols..sape encek kanda yang ai sentiase sebut2 dalam setiap entri2 ai..kepada encek kanda,tolong bangga 2 saat...hahahha...

sebenarnya,entri nie terkeluar bila ai bukak fb ai tadi..ai dengan tidak sengajenye,terbukak stu page nieh..hey..!!!u dah berubah ok??ai macam tak percaya langsung tu u...tapi,tu la kenyataannya..manusia nie cepat berubah..tu la yang sebenarnya..manusia berubah mengikut peredaran masa..

ape lagi??janji??huh..jangan dikenang..manusia memang suka menabur janji..tapi,hilang di bibir ketika orang sebok menuntut janji..ai??pernah menabur janji..dan akhirnya,ai sendiri mungkir janji tu..astghfirullah..berdosanya ai..apa hukumnya bila janji tidak di tunaikan??munafik..!!ya ALLAH..ampunilah hamba mu ini..manusia..sebok menabur janji yang tak pasti..

\
manusia..berubahlah..jangan mudah menabur janji yang tak pasti..mahu contoh??

"u, i janji, walau apa pun terjadi, i takkan tinggalkan u"

"sayang, abang janji, takde sape dalam hati abang nie..sayang sorang je"

"b, walau ape pon, i takkan tinggalkan u tanggung dosa kita"

"babi..eh,baby, i janji akan kahwin dengan u nanti"

kita bukan tuhan yang boleh tunaikan janji2 seperti diatas..kita takkan mampu mengubah takdir..jangan menabur janji yang tak pasti..munafik..!!!ai belajar dari kesilapan..ai sendiri mengaku yang ai pernah berjanji..tapi..astgfirullah..ampuni aku ya ALLAH..manusia..!!sedarlah..anda telah banyak menabur janji yang tak pasti..

mahu ungkapkan insyaALLAH??boleh..insyaALLAH tu bermaksud, dengan izin ALLAH..insyaALLAH tu dikira 99% berjanji..dan hanya 1% tidak..apabila terjadinya sesuatu yang menghalang kita dari menunaikan janji tersebut..seperti??

"insyaALLAH..nanti aku datang rumah kau.."

"insyaALLAH..kalau takde aral melintang, tahun depan kita kahwin"

dijadikan cerita, tayar kereta pecah..kita tak boleh nak tepati janji tu..dijadikan cerita, kita ditakdirkan meninggal pada keesokkan harinya..1% tu ALLAH dah ambil dari kita..faham??jadi,jangan lah mudah menabur janji..janji tu mesti kita tepati..MESTI..!!jadi,fikir-fikirkanlah..kita semua dah besar..

ok la..ai nak solat..lepas tu ada appointment dengan encek kanda..mahu bersms..heheheh..

tata~~

Tuesday, February 15, 2011

kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak 5 kali..

selamat petang..!!ok..hari nie,ai nak update sal kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak 5 kali..!! ai dapat info nie dari member ai..member ai yang email kt ai..ai harap,semua nie benar2 belaka..ai cuma menyampaikan je.. sebab,hari nie dah sehari suntuk ai happy..tak boleh la nak happy memanjang..kita kena juga ingat pada yang atas sana..kan??

sebab tulah,entri nie terkeluar hari nie..so,jom bace ramai2..amek iktibar..;)



Hanya Ingin Mengingatkan ...
[]

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Pencil Draw


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....
exclaim

1. Dunia
itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta
itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Potato Walking

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.




Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Cartoon Family Of Strawberries Bounce

Subuh :
Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor :
Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar :
Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak :
Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Babies Love Hearts Floating
Wassalam.


tata~~

Friday, February 11, 2011

kuku dan cincin??

gile punye kuku..panjang gile.!!cam hantu..hahaha
cantikkan cincin nie??lagi cantik kalau dipakai di jari yang betul..;)

ok..rakan2 sekalian..ada nampak kuku yang panjang teramat sangat di atas??ari nie,ai nak post entri pasal kuku dan cincin..ada rahsia disebalik kuku dan cincin nie tau??nak tau??jom bace..!!

dikatakan bahawa, menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi..!!opss...!!agak kurang sopan bunyinye..hehehehe..khinzir..lembut ckit..ye dak??jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang..bayangkan..ooooo emmmmm giiiiiiiiii..dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..eh,khinzir la cik noraisyah sahak..!!ok..so,potonglah kuku anda keh??lagi pun,u ols tak fikir ke??camne u ols amek wuduk kalau jari panjang??macam mana air masuk dalam kuku tuh??persoalannya,masuk ke??kan dah jatuh tak sah wuduk tuh..ha..jadi ustazah jap..hahaha..

kebenarannya..!!

jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. bagi orang islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun..kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak..

orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan nmakanan seperti memerah santan kelapa, buat cekodok pisang, uli tepung dan lain-lain..apa ilmu pun yang diajar tidak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala..

percayalah..!!

untuk yang bujang, beringatlah..!! kalau hendak mencari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mengengar kata, pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek..insyaALLAH..dengan izin ALLAH..

maklumat tambahan..!!

kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-COLI.kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri..ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dna sewaktu dengannya tau??hahahaha..

nasihat NABI MUHAMMAD S.A.W kepada Saidini Ali r.a. sesudah bernikah dengan puterinya Siti Fatimah iaitu puteri kesayangannya, NABI MUHAMMAD S.A.W berpesan kepada
Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah dijari

1) jari manis
2) jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1) jari tengah
2) jari telunjuk

NABI MUHAMMAD S.A.W melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh ALLAH iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s..


perhatian..!!


cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan..

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentangkaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam.. kalau tidak sia sia saja kita mendapat laknat dari ALLAH S.W.T. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah NABI MUHAMMAD S.A.W senang je kita dapat pahala..

renung-renung kan dan selamat beramal..hehehe..

tata~~

Thursday, February 10, 2011

6 perkara Allah sembunyikan..

untuk rakan2..jangan terkejut..pagi nie ai nak post smtink about islam..sebab ade member ai nie bagi komen,"apa kata,kau post la pasal islam ckit.." hah..!!ari nie,ai sahut cabaran die..ai nak wt entri sal islam ckit..so,rajin2 la kan bace k??


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."


Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lam
anya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, da
n mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ib
adat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah ma
laikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawahmbayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? " Kemudian Allah swt berfirman yang ber
maksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tari
kh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..kebahagiaan..selamanye..

..kebahagiaan..selamanye..