welcome friends

Tuesday, March 16, 2010

JABATAN ALAM SEKITAR..latihan industri..



27.7.2009 adalah tarikh yang tidak akan aku lupakan kerana pada tarikh itu lah aku mendatarkan diri di Majlis Perbandaran Klang untuk menjalani latihan industri. Pagi itu, aku berasa sungguh confident untuk mendaftar di menara Majlis Perbandaran Klang. Apabila tiba sahaja di menara tersebut, ayah ku meninggalkan aku keseorangan di situ berharap aku dapat menguruskan diri ku sendiri kerana aku sudah besar. Aku pun menunggu di lobi MPK. Semasa menunggu di lobi tersebut, aku berbual dengan seorang pekerja di situ, rupa-rupanya, dia juga seorang pelajar practical. Dia memberitahu ku bahawa dia dahulu mendaftar di bahagian cawangan sahaja. Bukan di menara itu. Aku sudah mula kecur perut. Aku terus bertanya dengan pekerja yang kebetulan lalu di situ. dia juga memberitahu bahawa mendaftar di cawangan MPK. Aku terus menelefon ayah ku. Meminta dia mengambil aku di situ dan membawa aku ke bahagian cawangan MPK. Ayah ku yang dalam perjalanan ke tempat kerja terpaksa berpatah balik untuk mengambil aku di situ.

Setiba aku di situ, aku lah orang yang paling lambat. Semua pelajar yang turut mendaftar di situ memandang sahaja kearah aku. Masa itu, aku sudah tidak tentu arah. Kami di bawa ke bilik mesyuarat untuk di tempat kan di mana tempat untuk kami berlatihan industri. Pagawai di situ memberitahu bahawa aku akan di tempat kan di JABATAN ALAM SEKITAR. Pada mula mereka menghantar aku di sana, aku merasakan sangat terkejut kerana di sebelah pejabat tersebut terdapat lori mengangkut sampah. Rupanya, barulah ku tahu, JABATAN ALAM SEKITAR, rupanya jabatan yang menguruskan masalah sampah di kawasan Klang.

Di situ, aku di tempat kan di bahagian pentadbiran. Aku di kenalkan kepada EN.WAN SOFIAN, EN.AZMI, EN.MOHAN, PN.LIZA, EN.OMAR, KAK WANI, KAK FARAH, KAK YANA, KAK ROZI, KAK NORIS, ABG AKI KAK VANITHA. Pada mulanya aku berasa sangat takut berada disitu kerana aku seorang sahaja pelajar practical di situ. tetapi, rupa2nya, mereka semua sangat baik kepada ku. KAK FARAH sering membuat lawak di dalam pejabat. KAK YANA juga sering membuat lawak. Dia juga seorang yang caring. KAK WANI pula seorang pegawai yang tegas terhadap kerjanya. Tetapi, dia sungguh baik. ABG AKI pula selalu menemani aku jika aku seorang sahaja yang tinggal di pejabat terutama ketika waktu rehat pagi. Sepanjang menjalani latihan industri di sana, aku sungguh seronok sehinggakan aku berasa tidak mahu kembali ke poli.

Banyak yang telah ku pelajari. Aku di ajar menjawab panggilan telefon, mengambil aduan, membuat memo, dan pelbagai lagi lah kerja-kerja pentadbiran. Pernah suatu hari, aku dimarahi oleh pengadu kerana sampah di kawasan rumahnya tidak di kutip. Sampai aku menangis ketika itu kerana tidak tahan dengan kutukan yang di beri. Pada masa itu, hanya aku, kak yana dan abg wawa sahaja yang ada di pejabat. Kak yana sungguh terkejut melihat aku menangis. Dia terus mencapai telefon tersebut dan dia yang menjawab bagi pihak ku. Petang itu, abg aki datang kepejabat dan terus memujuk ku. Bila aku ingat saat itu, sungguh kelakar. Tidak pernah aku menangis di hadapan orang yang aku tidak kenali. Tetapi, pengadu tersebut membuat aku menangis.

Mula saat itu, aku di ajar agar jauhkan ganggang telefon jika mengetahui pengadu tersebut ingin mula marah. Abg aki yang telah mengajar cara tersebut. Dia, Kak Rozi dan Kak Vanitha banyak mengajar aku menjawab panggilan telefon. Aku amat berterima kasih kepada semua kakitangan JAS kerana sudi menerima aku di situ. dan telah membuat jamuan perpisahan untuk ku. Mereka sangat baik kepada ku. Kenangan di JABATAN ALAM SEKITAR, tidak mungkin aku lupakan sampai bila2. Mereka semua tetap dalam ingatan ku. I’ll miss u JABATAN ALAM SEKITAR.

(akak2 yang sentiasa setia dengar prob aku..)

(sahabat yang sentiasa membuat aku gelak setiap hari..sering menemani aku di pejabat..)

(hari terakhir di JAS..)

3 comments:

  1. ecah bole wat novel !
    woot woooot! ;)

    ReplyDelete
  2. Sy nak tanya kalau buat praktikal dkat majlis bandaraya, dia akan hntr kita ke tmpt dia pilih ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..kebahagiaan..selamanye..

..kebahagiaan..selamanye..