welcome friends

Tuesday, March 16, 2010

politeknik sultan idris shah..


Bermulanya 6.7.2008, kehidupan ku telah mula berubah. Aku kini seorang pelajar politeknik. Aku bukan lagi seorang pelajar sekolah menengah. Aku sudah berada di alam yang lebih remaja. Pada mulanya, aku telah di tawarkan ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara yang bertempat di Pasir Mas, Kelantan. Sama tempat dengan Angah, iaitu abang ku. Aku amat berat hati untuk pergi kesana. Selang beberapa hari sahaja, aku telah mendapat tawaran ke Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Dan ditawarkan Diploma Sains Kesetiausahaan. Pada mulanya, emak ku yang memilih kursus ini. Dia memilih Diploma Hotel Catering dan Diploma Sains Kesetiausahaan. Aku telah di tawarkan kursus ini, DSK. Selepas mengetahui bahawa aku akan di tempatkan di sabak bernam, aku berasa sangat seronok kerana ia masih di dalam kawasan Selangor. Dan aku tidak perlu berjauhan dengan keluarga ku. Setelah tiba pada hari untuk aku mendaftar, aku begitu terkejut kerana PSIS rupa-rupanya berada di dalam hutan. Setelah mengetahui bilikku, keluarga ku mula menarik diri untuk balik. Di dalam hati ku sudah mula berasa sayu. Aku tidak pernah berjauhan dari keluarga aku. Tidak pernah sekali pun aku duduk di asrama. Ini lah kali pertama aku akan tinggal di asrama. Pada malam itu, ayah ku menelefon ku. Bertanyakan keadaan ku. Aku sudah mula menangis pada saat itu. Ayah ku meminta ku tenang. Malam pertama aku di PSIS, di temani dengan air mata.

Tetapi kini, aku sudah berada di semesta akhir, insya-ALLAH.. di PSIS ini aku mendapat banyak pengalaman baru. Mengenali ramai rakan.. mengenali pelbagai ragam manusia. Mengenali pelbagai kerenah manusia. Di sini lah aku mula mengenali apa kah itu pekerjaan. Aku mula belajar bersungguh-sungguh. Tekad ku, tidak mahu menambah semesta. Aku lakukan ini semata-mata untuk membalas budi emak ku yang telah penat lelah membayar pengajian ku di sini. Aku amat berterima kasih kepada PN.EMEY SURIANA BT YACOB, kerana dia, aku tidak mengulang subjek SHORTHAND 2. Aku juga ingin berterima kasih kedapa PN. FATIMAH kerana beliau lah aku tidak mengulang subjek TRENGKAS 2. Aku amat bersyukur kerana tidak mengulang dua subjek yang menjadi subjek pembunuh ketika di semesta 2. Di PSIS, aku mendapat banyak pengajaran baru.. pengalaman baru.. rakan-rakan baru.. segala kenangan di PSIS ini, tidak akan aku lupakan.

Ucapan terima kasih juga kepada PN.SURAYA HANIM BT ABDULLAH, kerana beliaulah, aku berjaya menghasilkan blog aku sendiri. Dia juga banyak mengajar aku bahawa tidak semua benda yang aku lakukan itu sempurna. Dia lah satu2nya pensyarah yang pernah menolak tugasan aku. Aku amat berterima kasih kepada beliau kerana mengajar aku erti susah senang. Tidak lupa juga kepada PA aku.. PN.MARIATY BT AHMAD. Dia lah satu2nya pensyarah yang aku sayang dari tahun pertama aku di PSIS ini. TERIMA KASIH POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH.

2 comments:

  1. kakak senior saya <3... hehu.. nice blog my sis, Love DSK too

    ReplyDelete
  2. owh.. adik junior rupenye.. hehehe.. salam perkenalan..
    kene buat blog jugak ek?? hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..kebahagiaan..selamanye..

..kebahagiaan..selamanye..