welcome friends

Tuesday, March 16, 2010

my familia...familia sahak..

kasih ibu membawa ke syurga..
kasih ayah buat selamanya..
betapa besarnya kasih sayang seorang ibu dan juga seorang ayah..



NORAINI BT ISMAIL..
dia lah ibuku yang ku panggil EMAK..
tanggal 15 oktober 1960 EMAK ku dilahirkan..
sepanjang hidupku, tidak mungkin akan terbalas jasa EMAK membesarkan ku dan juga adik beradik ku yang lain..
EMAK sentiasa sabar menjaga kami adik beradik..
belia adalah idolaku sampai bila-bila..
aku ingin sekali menjadi sepertinya..berjalan sepertinya..ketawa sepertinya..senyum sepertinya..
segala-galanya sepertinya..tetapi..apakan daya..
hanya EMAK seorang sahaja didunia ini..tiada penggantinya..
EMAK tidak pernah kenal erti penat..walaupun penat bekerja seharian..
EMAK tidak pernah lupa untuk menyediakan kami adik beradik sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam..
walaupun EMAK bekerja sampai lewat petang, dia akan memastikan kami adik beradik makan malam..EMAK akan masak selepas dia pulang sahaja dari kerja..
EMAK tidak suka kami adik beradik makan di luar..EMAK akan memastikan kami adik beradik makan masakan yang dimasaknya..
air tangan EMAK...itulah yang membuatkan kami adik beradik berjaya hingga kini..
tidak pernah terlintas di dalam hati kami semua untuk meninggikan suara kepadanya..
EMAK sentiasa menjaga kami adik beradik bagaikan menatang minyak yang penuh..
setiap apa yang kami lakukan, akan di ambil tahunya..
dia ingin memasitkan kami tidak melakukan sesuatu yang tidak elok..
disebabkan itulah, kami adik beradik sangat menyanjunginya..
EMAK...ecah sayang MAK sangat-sangat..



SAHAK BIN TAHIB..
dia lah bapaku yang ku panggil AYAH..
tanggal 23 ogos 1959, AYAH ku di lahirkan..
AYAH seorang yang tidak pernah kenal erti letih melayan kerenah anak-anaknya..
walaupun AYAH letih pulang dari kerja, AYAH akan tetap melayan kerenah anak-anaknya..
sering membuat lawak jenaka..sering membuat kami adik beradik ketawa dan sentiasa ceria..
adakalanya kami adik beradik sering menyusahkan AYAH..
"ayah, tolong amek ecah kat stesen bus meru"
walaupun ayah baru sahaja pulang dari kerja, ayah akan terus mengambil ku tanpa banyak alasan..
"ayah, minggu nie ayah kena hantar ecah balik poly"
tanpa banyak alasan, AYAH akan menjawab ya..
AYAH jarang sekali memarahi anak-anaknya..AYAH memang tidak suka marah-marah..
sebab itulah, AYAH tiada penggantinya..
hanya AYAH seorang sahaja di dunia ini...
ecah sayang AYAH sangat-sangat..



NURAQILAH SAHAK..
tanggal 26 jun 1986 kakak ku dilahirkan..
ALONG.. dia lah satu-satunya kakak aku yang paling comel..
orang selalu salah sangka, aku kakak ke, dia yang kakak..
sebab kakak ku sangat kecil..lebih kecil dari ku..
dialah seorang kakak yang tidak ada siapa yang boleh menggantikannya..
kami sentiasa berkongsi masalah, berkongsi cerita dan yang penting,berkongsi rahsia..
ALONG tidak pernah berkira dengan kami adik beradik..
ALONG seorang kakak yang sangat baik..aku beruntung kerana dikurniakan kakak sepertinya..
orang lain tidak mungkin akan mendapat kakak sepertinya..
di kala aku kesempitan wang, along sentiasa memberi pinjam duitnya..
adakala, ketika ku sudah lama berada di poly..
"along, balik nanti belanja mcD ye?"
ALONG sering menjawab "tak ingin along"
tetapi, apabila aku tiba sahaja di rumah, dia akan bertanya..
"bila nak pergi makan mcDnya?"
she's the best sister in da world..


MOHD SYAMIL B SAHAK..
tanggal 16 mei 1988 abang di lahirkan..
ANGAH adalah gelaran yang ku panggil..
dia lah satu-satunya lelaki dalam adik beradik ku..
dia lah satu-satunya abang yang aku ada..
ape nak cerita pasal dia ??
dia sering menjadi tempat untuk aku meminta bantuan..
"angah, tolong belikan top up"
"angah, tolong amek ecah kat klang"
"angah, tolong belikan ecah bla..bla.. bla..."
tanpa banyak alasan, dia akan mengambil duit dariku dan terus pergi mencari apa yang ku inginkan..
he's da only 1 brother that i have..


NUR SARAH BT SAHAK..
tanggal 15 mac 1995 dia di lahirkan..
dia adik ku yang kedua terakhir..
aku panggilnya AKAK..
MAK yang suruh kami adik beradik panggilnya AKAK..
untuk memudahkan adik ku yang bongsu mengikut kami memanggilnya AKAK..
supaya bunyinya lebih sopan..
kan lebih sopan adik memanggilnya kakak..
AKAK seorang yang lebih suka berdiam diri..
dia seorang yang pendiam..tetapi, jika kami satu famly berkumpul,dia tidak lagi diam..
jika ada keluarga lain di rumah kami, dia akan jadi seorang yang pendiam dan akan terperuk di dalam bilik..
dulu kami sering bergaduh..kini, tidak lagi..
kami semakin rapat..


NUR SHAHIDAH BT SAHAK..
tanggal 22 februari 2000 dia dilahirkan..
dialah adik bongsu ku yang ku panggil ADIK..
nak cerita pasal ADIK aku nie, xtau nk cerita ape..
coz dia kecik lagi..
yang penting, dia sering bergaduh dengan ANGAH..
ANGAH sering menyakatnya..
menyakatnya sampai menangis kadang kala..
tapi,itulah yang mengikat kami satu keluarga menjadi satu keluarga yang bahagia.


aku amat menyayangi keluarga ku..
lebih dari segala-galanya..
tiada apa yang boleh menggantikan keluarga ku..
walaupun wang berjuta ringgit..
keluarga ku, tetap satu..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..kebahagiaan..selamanye..

..kebahagiaan..selamanye..