welcome friends

Wednesday, June 9, 2010

coretan kepada diri..

manusia ini ada pelbagai ragamnya..
tidak semua yang kita harapkan itu akan memberikan kebahagiaan kepada kita..
belajarlah untuk tidak terus berharap kepada orang lain..
jadikan kesilapan orang lain sebagai panduan supaya kita tidak terjebak dengannya..
belajarlah mempercayai diri sendiri..
kerana hanya diri kita yang percaya pada diri kita..
tetapi, jangan hanya terlalu memikirkan diri sendiri..
kelak memakan diri..
ada kalanya, kita perlu memikirkan orang di sekeliling kita..
jadikan mereka sebagai panduan supaya kita tidak tersilap..
jangan terlalu inginkan kesempurnaan dalam diri kita..
kerana setiap manusia itu pasti ada kurangnya..
seperti kata pepatah:
'di dalam setandan pisang, tidak semestinya semua elok, pasti ada yang buruk'
begitu juga dengan diri kita..
tidak semestinya bila kita fikirkan diri kita ini betul, ianya betul semuanya..
bertanyalah kepada orang yang jauh lebih berpengalaman dari kita..
tetapi, jangan di telan terus apa yang di khabarkan..
tetapi, jadikan ia sebagai panduan..
masukkan di dalam buku kira-kira anda..
apa yang perlu di tolak dan apa yang perlu di tambah..
mungkin ada yang perlu anda gandakan..
tidak ada seorang manusia pun yang sempurna di dalam dunia ini..
diri ini hanya insan yang hina dan lemah..
perlukan lebih banyak lagi pengalaman..
perlu lebih banyak lagi belajar dari mereka yang berpengalaman..
cuma apa yang penting sekarang, saya tetap akan menjadi diri sendiri..
percaya pada diri sendiri..
yakin pada diri sendiri..
tidak peduli jika orang ingin merobohkan tiang kepercayaan saya..
kerana apa yang saya tahu..
jangan biarkan orang lain hancurkan hidup kita..
pertahankan diri kita selagi kita mampu..
jangan biarkan orang lain membuat onar didalam hidup anda..

renung-renungkanlah..
salam sayang..
saya..=)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..kebahagiaan..selamanye..

..kebahagiaan..selamanye..