welcome friends

Wednesday, July 21, 2010

ombak kasih~~bab 1

bab 1

"Qis, tolong ambilkan handphone I tu" sambil menunjukkan telefon bimbitnya berada di sebelah Qistina.
Qistina mencapai telefon bimbit tersebut lantas di berikan kepada Salwa, teman gkbaiknya merangkap teman serumah dengannya.
"Ha, tu mesti Asri?" sergah Qistina.
Salwa hanya tersenyum kambing sambil tangannya ligat menekan telefon bimbitnya untuk membalas sms dari kekasih hatinya itu. Qistina hanya tersenyum melihat sahabat baiknya itu. Di hatinya terdetik perasaan cemburu. Bukan cemburu kerana Asri, tetapi cemburu dengan kemesraan Salwa dan Asri. Jauh berbeza dengannya. Dia dan Haiqal sering sahaja bergaduh. Perkara kecil juga di besar-besarkan. Jika tidak di jawab, di katanya dia sudah membenci. Kusut fikiran Qistina memikirkan Haiqal. Kekasihnya sejak dari zaman persekolahan lagi.
"Qis, semalam aku dengar kau menangis? kau bergaduh dengan Haiqal lagi ya?" Salwa memulakan bicara.
Qistina hanya tersenyum tawar dan mengangguk lemah. Salwa menggeleng. Sudah dapat dijangka jawapan yang bakal di berikan oleh Qistina. Terdetik di hati kecilnya, betapa beruntungnya Haiqal mempunyai kekasih seperti Qistina yang masih sanggup lagi bertahan dengan kerenah yang panas baran itu. kuasa cinta. kekasih seorang penagih dadah pun, mungkin tetapi disayangi.


PAGI itu di pejabat, Qistina ligat menaip report yang diberikan oleh En.Danial. Dia harus menyiapkan report itu sebelum jam sembilan pagi.
"En Danial ni memang sengaja susahkan aku. Semalam tak nak pula dia bagi report ni kat aku. dah tau aku overtitme semalam, apa la salahnya bagi aku siapkan terus" bebel Qistina seorang diri.
"Awak mengata saya ke Qistina?" sergah Danial dari arah belakang.
Menyirap darah Qistina. Matilah aku! bisik hati Qistina.
"Eh, En Danial. tak adalah. mana ada" jawab Qistina tergagap-gagap. Qistina serba tidak kena.
Danial hanya tersenyum kecil melihat Qistina sedikit gelabah.
"Lain kali, jangan mengata bos sendiri tau?" Danial berlalu pergi sambil mengenyitkan matanya kepada Qistina.
Qistina tersentak. Terus dia menyelesaikan report yang harus di selesaikan sebentar sahaja lagi. Dia tidak mahu ambil pusing dengan kelakuan En.Danial itu tadi.
"ha..!!!!"sergah Wati.
"O mak kau..!!" latah Qistina.
"Wati..!!terkejut aku" terjegil biji mata Qistina memarahi Wati, rakan sekerjanya.
Wati ketawa sakan melihat Qistina yang begitu marah.
"apa bos kau nak tu?" Wati bertanya sambil sisa gelaknya masih kedengaran.
"Bos gila kau tu, suruh aku taip report ni. Sebelum jam sembilan, dia nak. Tebal ni dia suruh aku siapkan? Memang bos kau tu dah gila tau?" luah Qistina tidak puas hati.
Wati terus menyambung tawanya. Dia sudah dapat menjangka, majikannya itu pasti telah meminta Qistina membuat sesuatu yang di luar jangkaannya. En Danial, memang suka mengenakan Qistina. Dalam diam, dia tahu, yang majikannya itu menaruh hati terhadap Qistina.
"Bos kau tu, dah gilakan kau" Wati terus berlalu pergi sambil tawanya masih tidak berhenti.
Qistina mendengus geram. Lantas dia meneruskan kerjanya. Malas dia mahu memikirkan apa yang di perkatan oleh Wati sebentar tadi.


"En.Danial, ini report yang Encik minta tadi" Qistina menghulurkan report tersebut kepada Danial.
Danial meletakkan report tersebut di atas meja.
"Duduk" arah Danial. Qistina akur. Dia terus mengambil tempat di hadapan Danial. Hatinya masih lagi geram memikirkan apa yang dikatakan oleh Wati tadi.
Danial terus merenung wajah Qistina. Cantik. Bisik hati kecilnya.
Qistina berdehem. Mematikan renungan Danial sebentar tadi. Hatinya tidak keruan melihat sikap Danial yang tidak lepas memandangnya dari tadi. Danial terus memperbetulkan duduknya.
"Petang ni, saya nak awak ikut saya. Saya ada janji temu d"luar" beritahu En.Danial.
Qistina tercengang. Ikut dia? Memang semua setiausaha dia ni, kena ikut dia ke? Kenapa Kak Intan tak pernah bagitahu pun yang dia ni bawa setiausaha dia keluar sekali? Kak Intan kata, sepanjang dia jadi setiausaha En Danial, dia tak pernah pun keluar bersama? Bermacam persoalan timbul di benak Qistina. Berkerut-kerut dahi Qistina.
"Kenapa?" sergah Danial.
Qistina kaget. Sepantas kilat dia menggeleng.
"Pukul 2.30 nanti, saya tunggu awak dekat lobi. Naik kereta saya. Awak boleh keluar" Qistina hanya mengangguk lemah dan terus berlalu pergi. Ada sedikit keluhan di bibir Qistina.
Danial tersenyum kecil. Misinnya berjaya.




nantikan sambungannya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..kebahagiaan..selamanye..

..kebahagiaan..selamanye..