welcome friends

Tuesday, July 20, 2010

tadi~~~

"alhamdulillah..akhirnya selamat pun interview tadi" getus hati kecil ku.
perasaan yang tadinya germuruh dan berdebar-debar,hilang di telan waktu. Aku melangkah keluar dari bilik interview itu tadi.
"en.khairul. nampak macam baik je dia tu. bunyi macam seronok jer kerja dekat situ."aku berbicara seorang diri setelah keluar dari bilik En.Khairul, orang yang telah menemuduga aku sebentar tadi.
masuk sahaja ke dalam kereta, ayah ku bertanya.
"macam mana interview tadi?"
"boleh la yah. seronok la jugak berborak dengan dia tadi. nampak macam tak garang. tapi,dia dah warning awal-awal, kalau dapat kerja dekat situ, hati kena kering. kena marah tu, jangan ambil kira sangat" terang ku panjang lebar.
"doa la..insya-ALLAH. semuanya ok nanti" pujuk ayah ku
semasa dalam perjalanan pulang, aku teringat kembali saat aku di dalam bilik interview.


"cik aisyah ya?"
aku tersenyum dan mengangguk
"sila duduk cik aisyah. saya khairul"ucap lelaki yang kelihatan berumur dalam 30an itu.
'boleh tahan jugak dia ni. walaupun nampak dah 30an, tetapi berkarisma' getus hati kecil ku.
aku mengambil tempat di hadapannya.duduk di atas kerusi yang berwarna kuning yang di sediakan. meletakkan fail ku di atas meja. dan terus tersenyum memandang lelaki yang berada di hadapan ku.
dia hanya memandang ku tanpa kata untuk beberapa ketika. hati ku mula gusar. eh, apa yang aku fikir ni? persetankan..!
"cik aisyah datang dengan siapa tadi?"lelaki itu mula berbicara.
"datang dengan ayah saya tadi. dia yang tolong hantarkan" jawab ku.
dia mengangguk-angguk kecil.
"baru grad ya?" tanyanya lagi.
"ha'ah. tapi k0nvo tahun depan"
"so, if you di ambil bekerja disini, you nak datang kerja naik apa?" soalnya.
"naik bus dengan kakak saya." jawab ku jujur.
"owh I see." jawabnya.
sesi interview itu berjalan selama setengah jam lamanya. setelah sesi temuduga itu tamat, En.Khairul menghantar aku hingga ke muka pintu.
"terima kasih ya encik" ucap ku
"hati-hati ya balik tu" ucap lelaki itu sambil tidak jemu-jemu memandang wajahku.
persetankan itu..!!hati ku berbicara.
"i akan call if u in a short listed ok?" ucap lelaki itu lagi.
aku hanya tersenyum dan terus mengucapkan selamat tinggal kepadanya.


"dah sampai rumah dah" suara ayah menghentikan lamunan ku sebentar tadi.
aku terus keluar dan masuk ke dalam rumah. di dalam hati ku, semoga aku dipermudahkan untuk diberi pekerjaan itu. amin...~~~

1 comment:

  1. akhirnya dpt juga..waaaa best jgk baca ko punya blog..bagus..bagus..bagus...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..kebahagiaan..selamanye..

..kebahagiaan..selamanye..