welcome friends

Saturday, June 16, 2012

setiap hari pun hari untuk emak..!!!

sebelum baca nie, bagi aku maklumkan dulu bahawa n3 nie dah sebulan berhabuk dalam kotak deraf aku..hehehehhe..seperti yang kite semua tau, tanggal 13.05.2012 adalah hari ibu sedunia.. entry aku kali nie tade kene mengene dengan hari ibu ye?? sebab bagi aku, setiap ibu di dunia nie patut dihargai setiap hari..bukan pada minggu kedua bulan mei sahaja.. kalau setahun sekali baru nak raikan, lagi 364 hari lagi untuk ape?? untuk kite buat tak tau je kt ibu kite tu?? hari ibu ni setiap hari.. sebab, tanpa ibu dan tanpa keizinan ALLAH yang meniupkan roh kite kedalam rahim ibu kite ,kite tak akan wujud dalam dunia nie rite?? so, setiap hari lah kite kena hargai ibu kita.. 9 bulan kite dikendong kehulu kehilir.. tanpa sedikit pun keluhan yang keluar dari mulut si ibu.. adakah cukup dengan sehari sahaja kite menghargai emak kite?? cube kite sama sama renungkan.

entry aku kali khas aku dedicate untuk mak aku yang tercinta, iaitu PUAN NORAINI BINTI ISMAIL.. mak yang tidak ada tolak bandingnye.. yang sentiasa menjadi ikon untuk aku menjadi seperti beliau.. yang setiasa menjadi jurufesyen aku.. yang sentiasa menjadi 'tanyalah ustazah' untuk aku..yang setiasa menjadi pakar motivasi aku.. yang sentiasa menjadi penasihat aku.. yang setiasa menjadi guru besar untuk aku (maksudnye marah marah la..)..yang setiasa menjadi telinga untuk aku.. yang setiasa menjadi chef untuk aku.. dan yang paling penting sekali, yang sentiasa ade disisi aku selama hampir 22 tahun sepanjang aku hidup  nie.. (bulan 10 nanti baru 22 tahun ye??)..

tanpa mak, tak mungkin aku boleh berjaya seperti sekarang.. ingat lagi, sewaktu sekolah rendah..aku seorang pelajar yang sangat malas dan teramat pemalas untuk belajar. sehingga aku penah turun kelas.. ingat lagi, tangan emakku di muka ku ketika keputusan keluar..hehehe..sebab turun kelas punye pasal.. mana tak turun kalau mase exam pon jawab lintang pukang..tapi, itu semualah yang membuat aku kenal erti kehidupan.. kalau tak, hidup aku masa tu untuk main je.. bile masuk darjah 6, aku kembali ke kelas paling hebat..hehehe..hebat dowh aku..!!

tapi, ape yang aku nak bagitau nie, sayangailah ibu korang yang dah bawak korang kehulu kehilir semasa korang dalam perut dorang.. yang bertarung nyawa untuk melahirkan korang.. yang bersengkang mata menjaga korang sewaktu sakit dan menangis tengah malam bute.. yang berparut tangan untuk memastikan korang makan.. yang terpaksa berikat perut untuk memastikan barangan dapur cukup.. dan, sangat berdosalah seorang anak itu jika mengungkapkan perkataan "ah" sehingga membuatkan ibunya menitiskan air mata.. sesungguhnya, syurga itu dibawah telapak kaki ibu..

bagi aku, mak aku adalah segala galanye bagi aku.. segala restu dia, itulah yang akan aku lakukan.. tanpa restunya, tidak berkatlah apa yang aku lakukan.. tanpa mak yang telah membesarkan aku hingga sekarang, aku tidak mungkin akan berjaya mengharungi liku liku hidup yang penuh cabaran ini. emak adalah segalanya bagi aku.. apa je yang mak aku suruh, akan aku lakukan untuknya.. sebab, didunia ini, aku hanya ada seorang sahaja mak yang tidak ada gantinya.. dan tidak mungkin akan boleh menggantikan tempatnya..

sayangilah ibu kita.. jangan sesekali buatkan ibu kite menitiskan air matanya kerana kita.. melainkan air mata kegembiraan.. tidak ada yang menggembirakan seseorang ibu melainkan anaknya bahagia dan hidup gembira.. setiap ibu ingikan yang terbaik untuk anak mereka.. begitu juga dengan emak aku.. sentiasa ingikan yang terbaik untuk kitorang adik beradik.. bila sesuatu perkara itu mak tak suka, maknanya adalah yang tidak kena..emak kan ada deria ke 6..hehehe..

bagi wanita diluar sana, kita semua akan merasakan hidup sebagai seorang ibu..insyaallah..jadi, apalah perasaan kita jika anak yang kita tatang bagai minyak yang penuh, tiba tiba melarikkan diri dari rumah semata mata ingin mengikut lelaki lain.. lari dari rumah kerana tak dapat apa yang di inginkan.. meninggikan suara sedangkan hanya perkara yang kecil sahaja..

buat puan emak yang tercinta, ecah sayang mak sangat-sangat..!!!selamanya..hingga akhir hayat ecah..kalau boleh, hingga ke syurga sana..insyaALLAH..

layan gambar mak aku yang tercinta..cekedaut..!!













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..kebahagiaan..selamanye..

..kebahagiaan..selamanye..