welcome friends

Monday, August 16, 2010

ombak kasih~~bab 2

Qistina sedang asyik menghadap komputer yang berada di hadapannya. Tidak perasan yang terdapat sepasang mata yang sedang memandangnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Lagu "cinta terakhir nyayian aiman" itu berkumandang. Terukir senyum di bibir Qistina. Sepasang mata itu masih setia menanti reaksi si gadis yang seterusnya.
"hello, Assalamualaikum.." Qistina menjawab panggilan telefon dengan nada yang lembut.
Si jejaka itu masih lagi setia melihat.
"rindu kat awak.." masih lembut lagi suara Qistina.
Si jejaka yang melihat sudah mula tersentuh. Hatinya sudah tidak keruan. Dia memikirkan apa yang harus dibuatnya supaya si gadis itu tidak meneruskan perbualannya. Dia tersenyum sinis.
"Qistina..masuk bilik saya kejap" laung Danial dari pintu biliknya.
Qistina sedikit terkejut. Dia memberikan isyarat bahawa dia akan masuk.
"Sekarang..!" kuat suara Danial
Qistina sudah ketakutan. Dia cepat-cepat mematikan panggilan dan bergegas masuk ke dalam bilik Danial. Dia berdiri di hadapan Danial. Menantikan apa yang akan dibicarakan oleh lelaki itu. Hatinya sudah memikirkan yang tidak-tidak. Mungkin dia akan dimarahi kerana menjawab panggilan telefon ketika waktu pejabat. Dia hanya memandang ke lantai.
"Saya tak suka pekerja saya buat kerja main-main. Hal peribadi, tolong jangan bawa ke pejabat. Setiap masa itu emas. Jangan nak lalai." keras suara Danial. Di dalam hatinya, dia tersenyum puas.
"Em...ma..Maafkan saya En Danial. Saya janji tak jawab panggilan telefon ketika waktu pejabat lagi. Jangan buang saya En Danial. Saya merayu.." suara Qistina mula tersekat-sekat. Menahan sebak di dada.
Danial mula tidak keruan. Dari suara Qistina, dia dapat merasakan bahawa si gadis sudah mula ingin menagis. Tidak terfikir dia nak membuang Qistina dari pekerjaannya itu. Simpang malaikat 44 dia ingin membuang Qistina. Tidak mungkin sama sekali.
"Saya tak marah awak Qistina. Saya cuma ingatkan awak je. Awak boleh keluar." arah Danial. Tetap masih serius. Dia tidak mahu Qistina tahu bahawa dia sudah mula kasihankan gadis itu.
Qistina terus keluar dari bilik Danial. Dia terus ke bilik air. Dia menangis sepuas-puasnya. Entah kenapa, hatinya betul-betul terusik dengan kata-kata En Danial itu tadi.


Danial menghempaskan badannya di atas sofa. Menghilangkan segala letih. Pn Ainon melihat anak bujangnya itu. terdetik perasaan kasihan di dalam hatinya. Pasti anaknya itu letih yang teramat.
"Letih ke abang?" soal Pn Ainon.
"letih sikit je ma.." jawab Danial lemah.
Di dalam kepalanya masih teringatkan peristiwa sebentar tadi. Dia tidak sangka perbuatannya itu akan membuatkan Qistina menangis. Dia nampak kesan air mata di hujung mata Qistina sebelum dia melangkah keluar dari biliknya. Dia tidak sepatutnya memarahi Qistina sebentar tadi. Dia terlalu cemburu apabila melihat Qistina mejawab panggilan telefon itu tadi. Entah kenapa dia harus mempunyai perasaan seperti itu, dia sendiri tidak tahu. Dia melepaskan satu keluhan yang amat berat.
"Kenapa abang?" soal Pn Ainon lagi.
"Tak de apa-apa ma. Betul. Abang cuma letih sikit je" jawab Danial sambil menghadiahkan senyuman kepada ibunya itu.
"Abang ada masalah di pejabat ke? tak nak cerita dekat mama ke?" sambil melabuhkan punggungnya di sebelah anak bujangnya itu. Pn Ainon perlahan-perlahan mengurut kepala anak bujangnya itu.
"Betul ma..Abang ok.." jawab Danial.
"Abang naik bilik dulu ya ma?" Danial meminta diri.
"Jangan lupa solat abang. Nanti turun makan. Mama dah siapkan dah." Pn Ainon mengingatkan anak bujangnya itu.
Danial hanya mampu mengangguk perlahan.


"Sal, kau tahu, tadi aku menangis.." Qistina mula bercerita kepada Salwa
Salwa membulatkan mata. Seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata Qistina. Setahunya, Qistina memang sukar untuk menangis.
"Kau nangis kenapa? siapa buat kau? tak kan Haiqal datang pejabat kau? tak mungkinkan? kenapa Qis? cerita la.." pelbagai soalan keluar dari mulut Salwa.
"Bos aku marah aku" jawab Qistina sayu.
Salwa mengerutkan keningnya. Pelik. takkan bos marah pun nak menangis? setahunya, Qistina bukan seorang yang cewek.
"Tak kan sebab tu kau menangis?" Salwa pelik
"Aku pun tak tahu lah Sal. Aku jadi sayu betul bila dia marah aku.aku sendiri tak tahu" jawab Qistina sedih.
Salwa menganggukan kepalanya. mungkin ada yang tidak kena.
"Kau suka bos kau ke?" Salwa bertanya terus terang.
"kau gila? aku kan dah ada Haiqal. tak mungkin aku akan menduakan dia" jawab Qistina tegas.
"ok..ok..kau jangan la marah. aku cuma tanya..tak de apa lah tu Qis. Kau jangan ambil kira sangat apa yang bos kau cakap kat kau tadi. lupakan je ya?" Salwa cuba mententeramkan sahabatnya itu.
Qistina hanya tersenyum. tawar.


nantikan sambungannya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..kebahagiaan..selamanye..

..kebahagiaan..selamanye..